Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan  kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia  (PDRM).
![]()  | 
Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.
Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.
Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.
Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.
"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.
Bercakap  dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan  syarikat  berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat  tempatan  untuk menaiktaraf sistem  komunikasi analog PDRM kepada sistem  digital.
  ![]()  | 
Katanya, dua pemegang saham  dalam syarikat berkenaan  ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.
 "Asiasoft  PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh  Asiasoft Global  PLC (dan)  berpengkalan di Israel," katanya lagi.
Tambahnya,   KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui   syarikat tersebut.
 Jelasnya, menteri  dalam negeri pada masa itu telah  dimaklumkan mengenai kehadiran ejen  Israel di bilik server komputer di  ibu pejabat PDRM, katanya.
"Ogos 2008,  disahkan dalam siasatan cawangan khas  PDRM tentang penglibatan Israel  melalui syarikat Asiasoft selaku  subkontraktor.
 "Tapi yang berkaitan di  sini ialah surat kepada  pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal  kepada BPR bertarikh 1  Disember mengenai projek ini yang diserah kepada  Masterplan Consultancy  Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft  tanpa mengikut prosedur  biasa.
 Katanya  lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu  laporan polis yang dibuat  oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada  tahun sama.
Polis telah menjalankan siasatan  ke atas kes  berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat  berkenaan  kemudiannya ditukarkan.
 "Bila ada  sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke  Taiping, kes pun jadi  perlahan," katanya.
Katanya  lagi, satu  laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali  sebagai Badan  Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan  Pencegah  Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.
~Malaysiakini
~Malaysiakini

