Khamis, 6 Ogos 2009

Muhasabah Diri

Berikut ini pertanyaan-pertanyaan yang memudahakan kita menilai diri kita dihadapan Allah hari ini:

1.Apakah anda setiap hari selalu shalat shubuh berjamaah di masjid ?

2.Apakah anda selalu menjaga shalat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi laki-laki )

3.Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?

4.Apakah anda rutin membaca dzikir setelah selesai melaksanakan shalat wajib?

5.Apakah anda selalu menjaga shalat sunnah rawatib sebelum dan sesudah shalat wajib?

6.Apakah anda hari ini khusyu’ dalam shalat, menghayati apa yang anda baca?

7.Apakah anda hari ini mengingat mati dan kubur?

8.Apakah anda hari ini mengingat hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?

9.Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam syurga?

10.Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan dari api neraka? Kerana: Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, Wahai Allah! Masukkanlah ia ke dalam syurga, dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, Wahai Allah! Selamatkan ia dari api neraka. (Shahih Al-Jami’ No. 6151 Jilid 6)

11.Apakah anda hari ini membaca hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam?

12.Apakah anda pernah berfikir untuk menghindari pergaulan dengani teman-teman yang tidak baik?

13.Apakah anda telah berusaha untuk menghindarimelakukan aktifitas yang sia-sia ( tidak bermanfaat ) ?

14.Apakah anda hari ini menangis karena takut kepada Allah?

15.Apakah anda selalu membaca dzikir pagi dan sore hari?

16.Apakah anda hari ini telah memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah anda perbuat?

17.Apakah anda telah memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid? Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Barang siapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidurnya. (HR. Muslim)

18.Apakah anda telah berdo’a kepada Allah agar Ia menetapkan hati anda di atas agama-Nya?

19.Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdo’a kepada Allah di waktu –waktu yang mustajab?

20.Apakah anda telah membeli buku-buku islam untuk memahami islam? (Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang diikuti oleh para sahabat Nabi, karena banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran justru merusak pemahaman Islam yang benar).

21.Apakah anda memintakan ampun kepada Allah untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? Karena dengan mendo’akan mereka anda mendapat kebaikan pula. (Shahih Al-Jami’ No. 5902)

22.Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat Islam?

23.Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya?

24.Apakah hari ini anda telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang membutuhkan?

25.Apakah anda dapat menahan amarah yang disebabkan karena urusan pribadi dan berusaha untuk marah karena Allah semata?

26.Apakah anda telah berusaha untuk selalu menjauhkan diri dari sikap sombong dan membanggakan diri?

27.Apakah anda telah menyambung Silaturahmi ikhlas karena Allah semata ?

28.Apakah anda telah berdakwah ( menyeru unruk mendekatkan diri kepada Alloh ) untuk keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang yang ada hubungannya dengan diri anda?

29.Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?

30.Apakah anda selalu mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun – Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya jika anda mendapat musibah dari Allah? Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Hendaklah masing-masing kalian melakukan istirja’ (mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun) pada setiap hal meskipun ketika tali sandalnya putus karena hal itu termasuk musibah. (Hadits hasan, lihat Shahih Al-Kalimut Thayyib No. 140)

31.Apakah anda hari ini mengucapkan do’a: Allahumma Innii A’uudzubika an Usyrikabika wa Anaa A’lam wa Astaghfiruka Limaa laa A’lam – Ya allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu sedangkan aku mengetahui dan aku memohon ampunan-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui. (Shahih Al-Jami’ No. 3625). Barang siapa yang mengucapkannya maka Allah akan menjauhkan darinya dari syirik besar dan syirik kecil.

32.Apakah anda selalu berbuat baik kepada tetangga?

33.Apakah anda telah membersihkan hati dari sombong, riya, hasad dan dengki?

34.Apakah anda telah membersihkan lisan anda dari perkataan dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan berbuat serta berkata yang tidak ada manfaatnya?

35.Apakah anda selalu takut kepada Allah dalam hal penghasilan, makanan, minuman dan pakaian?

36.Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan?

Akhi muslim, jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan nyata, agar engkau mendapat ridla Allah dan menjadi orang-orang yang beruntung di dunia dan di akherat, Insya Allah.

Inkues 2

'Teoh tidak ambil dadah, alkohol'

Seorang ahli kimia, Zaihara Awang dari Jabatan Kimia memberi keterangan sebagai saksi ketujuh pada hari inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini.

Dalam keterangannya, Zaihara berkata, beliau menerima sampel kandungan perut, darah dan air kencing Teoh.

Hasil pemeriksaan ke atas sampel tersebut, katanya beliau mendapati tidak ada kesan alkohol atau dadah dalam sistem badan Teoh pada masa kematiannya.

Inkues pagi ini bermula jam 9.20 pagi di mana saksi - pengawal keselamatan di Plaza Masalam, Abd Rahman Rahim dipanggil memberi keterangan.

Sebelum itu, DPP Tan Hock Chuan menyoal Abdul Rahman mengenai buku pelawat yang tiada diisi sejak berbulan lalu. Abdul Rahman mengakui tidak mengemaskini buku itu setiap masa.

Enam saksi telah dipanggil memberi keterangan semalam. Mereka terdiri daripada pengawal keselamatan di bangunan Plaza Masalam, seorang juruteknik dan seorang anggota polis dari balai Shah Alam.

Inkues tersebut berlangsung di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.

Manakala peguam Gobind Singh Deo merupakan peguam pemerhati bagi pihak keluarga Teoh.

Gobind menyoal Zaihara sama ada beliau tahu sejarah kes kematian Teoh dan spekulasi yang Teoh 'ditolak'.

Tan mencelah dengan berkata soalan tersebut tidak relevan.

Gobind membalas dengan bertanya mengapa perkataan "ditolak" dan 'bunuh diri" tidak boleh digunakan.

"Bukankah ini inkuiri terhadap kematiannya," kata Gobind.

Beliau bertanya mengenai kemungkinan terdapatnya kandungan adrenalin yang tinggi jika seseorang itu hampir jatuh atu ditolak dari tempat yang tinggi dan Zaihara menjawab 'ya'.

Sehubungan itu, Gobind bertanya kepada Zaihara sama ada beliau melakukan ujian adrenalin dan Zaihara menjawab 'tidak'.

Gobinda bertanya adakah Zaihara tidak melakukan ujian tersebut kerana pihak polis tidak memintanya berbuat demikian.

Zaihara menjawab bahawa Adrenalin bukanlah satu jenis dadah biasa dan ia dihasilkan secara semula jadidalam badan.

Apabila ditanya oleh Gobind sama ada beliau akan menjalan ujian tersebut jika diminta oleh pihak polis, Zaihara berkata, ujian toksikologi tidak termasuk ujian adrenalin. -Malaysiakini

Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 10)

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan

(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

>>Perkara 152, 153 dan seterusnya>>>

Rabu, 5 Ogos 2009

Inkues 1

Inkues: Saat-saat awal mayat Teoh ditemui
Ogos 5, 09 10:29am (malaysiakini)

Inkues bagi mengetahui sebab kematian Teoh Beng Hock bersambung hari ini dengan keterangan pengawal keselamatan yang nampak mayat mendiang dari sebuah stor di Tingkat 19 Plaza Masalam.

Pengawal itu kemudian memaklumkan kepada penyelia selenggaraan bangunan tersebut Mohd Ridzuan Samsuri pergi ke Tingkat 5 dan menemui mayat setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Darah Teoh sudah kering sewaktu mayatnya ditemui, demikian inkues di depan di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas diberitahu pada hari kedua prosiding yang bermula pagi ini.

Bekas wartawan akhbar berbahasa Cina itu ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Kematiannya, yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentuk kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

Suasana di sekitar perkarangan mahkamah sesak dipenuhi wartawan dan jurugambar yang hadir seawal 7.30 pagi.

Seramai 97 saksi dijangka akan dipanggil memberi keterangan dalam inkues tersebut.

Enam saksi pertama dipanggil beri keterangan bagi prosiding kedua inkues pagi ini - tiga ahli kimia, tiga ahli patologi dan diikuti seorang pengawal keselamatan, Siti Zabedah Yahya.

Siti Zabedah, 41, memberitahu mahkamah bahawa dia berada di tingkat 19 Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Kerana berpuasa pada hari berkenaan, katanya, dia berihat di bilik stor pada kira-kira jam 1.10 tengahari, dan membiarkan tingkap terbuka.

Menurutnya, ketika dia bangun kira-kira 20 minit kemudiannya dan berada rapat dengan tingkap, dia ternampak seorang lelaki terbaring di koridor tingkat lima.

Siti Zabedah berkata, dia kemudiannya memanggil seorang juruteknik, Mohd Ridwan Samsuri, supaya menyiasatnya.

Mohd Ridzuan pula memberitahu, dia sedang berada di Restoran Pelita di tingkat dua bangunan tersebut apabila menerima panggilan dari Siti Zabedah.

Sewaktu disoal siasat oleh peguam Gobind Singh Deo, Mohd Ridzuan berkata tingkat lima merupakan kawasan larangan kepada orang awam dan tidak terdapat CCTV di situ.

Menurutnya, untuk ke tingkat lima, seseorang itu perlu melalui sebuah pejabat dengan kebenaran atau bantuan pegawai keselamatan dan pekerja penyelenggaraan yang menyimpan kunci untuk dua pintu besi di situ.

Katanya, dia kemudiannya pergi ke tingkat lima bersama seorang rakannya, Rosli Sallh dan ternampak mayat dan bekas darah kering di bahagian lutut.

Mohd Ridzuan berkata beliau kemudiannya terus memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasannya melalui walkie-talkie.

Mahkamah berihat pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Apabila prosiding disambung, mahkamah memanggil saksi ketiga - seorang lagi pengawal keselamatan di Plaza Masalam, Mohd Khairul Izwan M Nasir.

Mohd Khairul Izwan memberitahu mahkamah, seperti yang diarahkan oleh pegawai atasannya, dia menutup mayat tersebut dengan plastik hitam dan meletakkan bata di tepinya supaya tidak terbuka.

Dia juga menafikan telah menyentuh mayat tersebut.

Saksi seterusnya ialah Koperal Abdul Karem Othman dari ibupejabat polis Shah Alam, yang menerima panggilan telefon daripada Mohd Khairul Izwan. -Malaysiakini